Ketetapan Kurikulum SMK Telok Panglima Garang 2017
1.0 Latar Belakang
Kurikulum adalah 'core business' bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Ketetapan ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah sebagai sekolah harian biasa. Ketetapan yang dibuat menjadi garis panduan kepada pentadbiran dan pengurusan akademik sekolah ini.
2.0 Objektif
Ketetapan ini disediakan bertujuan:
- Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
- Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
- Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik jabatan Pendidikan Negeri
3.0 Ketetapan
- Ketetapan Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Daerah
- Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa
- Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan keutamaan
4.0 Mesyuarat
- Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat 4 kali setahun mengikut Standard Piawaian Jabatan. Tindakan untuk melaksanakan mesyuarat hendaklah dibuat oleh Penolong Kanan/ Setiausaha Kurikulum (Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum) dan Ketua Panitia bagi peringkat panitia. Prosedur mesyuarat yang mesti dipatuhi:
- Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan notis panggilan mesyuarat hendak dibuat secara rasmi kepada AJK seminggu sebelum tarikh mesyuarat
- Minit mesyuarat hendaklah disiapkan dan diedarkan kepada semua AJK seminggu selepas tarikh mesyuarat
- Setiap AJK Perlu mengambil tindakan terhadap setiap perkara berbangkit atau minit mesyuarat sebaik sahaja selesai mesyuarat atau menerima minit. Satu maklumbalas awal berhubung tindakan terhadap perkara berbangkit atau minit mesyuarat mesti dihantar kepada Setiausaha 2 minggu selepas menerima minit dan maklumbalas lengkap dikemukakan semula 3 hari selepas menerima notis panggilan mesyuarat berikutnya. Setiausaha perlu menyediakan laporan maklumbalas setiap ahli/ AJK untuk dibentangkan dalam mesyuarat seterusnya.
- Satu salinan minit mesyuarat dan laporan maklumbalas hendaklah disimpan untuk fail induk JK masing-masing
- Masa mesyuarat hendaklah pada waktu perantaraan 2 sesi iaitu bermula 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang atau dengan mengambil kira afar PdPc murid tidak terganggu kerana ketiadaan guru
- Ketua Panitia dilanti mengikut kriteria: senioriti, DG dan opsyen
- Analisis ujian dan peperiksaan dalaman serta program penambahbaikan dibincangkan
- Post Mortem dibuat untuk peperiksaan SPM, PT3, UB, PPT, Percubaan dan PAT
No comments:
Post a Comment